Posts

Showing posts from August, 2021
Image
Membina replika Feri Pulau Pinang bermula tahun 2019 sebagai hobi masa lapang setelah saya melihat satu replika feri di kedai makan di Parit Buntar dan Muzium Di Raja  Kuala Kangsar. Pada mulanya replika feri di tunjuk kepada rakan,, rakan-rakan sekadar menunjukkan minat .Tapi apabila saya post gambar replika feri, saya mula mendapat perhatian dan minat dari beberapa peminat feri.Bermula dari situ saya mula mendapat tempahan demi tempahan kebanyakan dari rakan-rakan sekerja dan seterusnya dari rakan facebook.      Setelah membuat kajian dan nasihat dari rakan-rakan, saya mula mendaftar dengan Pejabat Kraftangan Negeri Pulau Pinang.Dengan bimbingan dan nasihat dari Pegawai di Pusat Kraf tangan saya mula mendaftarkan syarikat.Bertolak dari situ saya mula aktif membina replika feri melibatkan feri Bagan,dan Rapid feri,Saya juga membina replika feri mengikut minat pelanggan. Alhamdulillah sehingga kini saya telah berjaya membekalkan replika feri bukan sahaja kepada pemin...