Membina replika Feri Pulau Pinang bermula tahun 2019 sebagai hobi masa lapang setelah saya melihat satu replika feri di kedai makan di Parit Buntar dan Muzium Di Raja Kuala Kangsar. Pada mulanya replika feri di tunjuk kepada rakan,, rakan-rakan sekadar menunjukkan minat .Tapi apabila saya post gambar replika feri, saya mula mendapat perhatian dan minat dari beberapa peminat feri.Bermula dari situ saya mula mendapat tempahan demi tempahan kebanyakan dari rakan-rakan sekerja dan seterusnya dari rakan facebook.
Setelah membuat kajian dan nasihat dari rakan-rakan, saya mula mendaftar dengan Pejabat Kraftangan Negeri Pulau Pinang.Dengan bimbingan dan nasihat dari Pegawai di Pusat Kraf tangan saya mula mendaftarkan syarikat.Bertolak dari situ saya mula aktif membina replika feri melibatkan feri Bagan,dan Rapid feri,Saya juga membina replika feri mengikut minat pelanggan.
Alhamdulillah sehingga kini saya telah berjaya membekalkan replika feri bukan sahaja kepada peminat feri di negeri Pulau Pinang tetapi juga kepada pelanggan dan peminat luar dari negeri dan dari negara luar. Replika feri saya juga pernah menjadi pilihan untuk cenderamata oleh pelbagai Jabatan Kerajaan,
Penang Port dan orang perseorangan.Saya juga mendapat tempahan membina replika bot Polis Marin (Fast Interceptor Strike Craft) dan Bot nelayan Pukat Tunda.Replika feri saya juga berada di beberapa kedai cenderamta perlancongan terpilih












salam . berapa harga sebuah. tq
ReplyDeleteTuan boleh wsapp ho 0175395466
DeleteTuan boleh wsapp ho 0175395466
Delete